วันพฤหัสบดีที่ 30 กรกฎาคม พ.ศ. 2552

30 cara mudah meraih kebahagiaan

1- Marah semiminit anda akan menderita 3 jam
2- kalau anda senyum orang pasti membalas senyuman anda
3- Tanam satu pokok anda pasti bahagia apabila pokok itu besar
4- Pejam mata sekadar 3 minit andai didepan anda terdapat hal yang sukar diatasi
5- Sambil berus gigi nyanyikan lagu kegemaran anda
6- Selalulah sisir rambut anda dengan cermat
7- Konyah makanan dengan rasa penuh lazat
8- Orang mata buta akan mengatakan anada orang palinf cantik andai anda pegang
tangannya melintasi jalanraya
9- Jangan bilang anak tangga setiap kali mendakinya
10- Jangan bilang duit kalau hendak bersedekah
11- Cakaplah Tak mengapa..jangan cakap..nak buat macam mana
12- Pusing jam 5 minit lebih awal dari waktu sebenar..
13- Lama lama sekali bercakaplah dengan binatang yang anada pelihara
14- Cuba makan makanan yang tidak kita gemari sewaktu kecil..mungkin akan menjadi
menu kegemaran hari ini
15- Tulis nama orang yang anda tidak gemari,,kemudian limparkan jauh jauh
16- Biarkan air mata anda kering dipipi
17- Sebelum beli sesuatu..cuba pikir paidahnya 3 perkara
18= Keluarkan barang yang kita simpan sejak lama..mungkin kita tersenyum
19- Walaupun pakaian kita tak banyak..gilir selalu..anda akan lebih cantik
20- Kuih satu biji boleh dimakan sampai dua atau tiga orang
21- Berilah hadiah kepada orang yang tidak pernah kita berikan
22- Belilah sejambak bunga untuk diri sendiri pada hari ditampar kesedihan
23- Cintailah orang lain
24- Berhiaslah walaupun berada dirumah
25- Bilanglah bintang..walaupun dilangit tinggi
26- sapu cermin biar berkilau
27- Baca buku sampai kemuka akhir
28- Berjalanlah sekurangnya 2 km sehari
29- Berilah makanan yang tidak habis dimakan pada Ayam atau Itek
30- Tutup lampu yang tak penting didalam rumah..

Merawat penyakit jantung

Seorang kawan saya sudah lama tidak hadir berjemaah dimasjid..Suatu hari saya menziarahinya..dia memberitahu dia berpenyakit jantung..5 tahun ,,taulah penyakit jantung ni..kata dia..sudah banyak tempat dan hospital dia merawat..suatu hari dia betemu dengan seorang tua..dan memberi petua kepadanya..apa lagi dia pun cuba lah..Alhamdulillah..penyakit jantungnya makin sembuh..caranya amat senang..
Makanlah daun CERUMAI..(tau tak..tu lah yang buah dia masam tu..orang kampung sebut Buah CERUMA )..buat ulam..buat sayur..goreng dengan telur semuanya boleh..makanlah tiap tiap hari..Insya allah sembuh..

Renungan

Kita cuma mengambil masa semenit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi saya mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan melihat kepada kecantikan kerena ia akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut ditelan masa. Apa yang kekal….? hanyalah kecantikan hati seseorang....

Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan erat.

Mimpikan apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

"Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

วันพุธที่ 29 กรกฎาคม พ.ศ. 2552

Malasnya...........

Ayu h kita buang SIFAT MALAS

alas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Cuba anda renungi diri sendiri, tanya diri sendiri “ Aku ni okey ke?”. “Aku ni okey ke pada pandangan mata aku sendiri dan pada pandangan mata orang lain?”
Mungkin pada padangan mata kita sendiri, kita adalah orang sempurna, sebab kita tahu siapa kita, kita memutuskan apakah yang hendak kita nilai pada diri kita. Namun hakikatnya, jarang sekali dalam penilaian tersebut mengambilkira tingkahlaku yang baik atau buruk serentak.
Macam mana pula pada pandangan mata orang lain terhadap kita? Cuba fikirkan… Jawapannya, sudah tentu mereka mengatakan kita okey. Lainlah kalau memang kita orang yang bermasalah. Mengapa mereka mengatakan kita okey?, sebab orang lain tidak selamanya berada bersama kita. Oleh itu, kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu. Jadi, marilah kita sama-sama tanya diri kita sendiri, ‘Kita ni okey ke?’, dan jawapannya mestilah dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas.
Berbalik pada persoalan asal iaitu berkaitan perkataan yang amat dimusuhi oleh perkataan motivasi. Iaitu malas.
Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).
Pelajar – pelajarannya akan merosot
Pekerja – hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.
Suri rumah – banyak tidur dan mengumpul lemak
Pemimpin – kepimpinannya hentam keromok

Cth: Sebelum pergi ke pejabat; kalau kita sudah set minda bahawa banyak benda kita nak buat dipejabat, esoknya bangun pagi sahaja kita dah katakan pada diri kita “Malasnya nak pergi ke pejabat”.

Malasnya nak bangun
Malasnya nak solat subuh
Malasnya nak mandi
Malasnya nak buat sarapan
Malasnya nak pandu kereta/motor
Malasnya nak buat kerja

Saya percaya hari tersebut merupakan hari yang kurang berkualiti bagi diri kita. Semua ini sebab apa? Sebab ada perkataan malas. Hanya satu perkataan ini boleh merubah begitu sekali nilai hidup kita. Hanya kerana malas, bukan sahaja hidup tidak berkualiti malah matlamat yang menjadi target hidup pun boleh tersasar. Keseimpulannya, MALAS pembunuh motivasi diri manusia yang utama.

3 cara untuk mengelak rasa malas;

Buang perkataan malas dengan pantas – malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan
malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.

Guna otak kanan iaitu otak kreatif – selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat,
target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.

Beri stamina kepada diri sendiri – orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran,
kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.

Renungan “ Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan”.

Salam blog baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diangin lalu
ku kirimkan diriku
menjadi teman berpikir
kawan berzikir
mengasah minda
dalam kelemahan
dalam kekerdilan
dalam kekurangan
berikan aku
sebatang tongkat
atau lampu
agar aku bisa berjalan
dalam padang hasanah
menuju haluan hasana

Tabik hurmat
Majlis Agama Islam Jalal
Selatan Thailand

Kisah dan iktibar

Jangan Berputus Asa


Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.

Ada sebuah kampung di pedalaman . Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.
Salam penuh hurmat

หน้าเว็บ

เกี่ยวกับฉัน